Monday 6 February 2017

PERCUTIAN KE KOH LIPE

first of all, i just wanna say koh lipe is awesome!!!! rugi gila siapa yg tak merasa pergi sini. bila dah pergi sini, you can say bye bye dekat krabi and phuket tu hehehe

ok let's start now...

Day 1.
  • drive from KL to Kedah sebab nak ambil boat from Kuala Kedah to Langkawi (LGK)
  • trip ni involve 4 orang btw
  • perjalanan KL-Kedah ambil masa 6 jam macam tu, Jety Kuala Kedah-LGK pula 1h45m macam tu
  • Kuala Kedah-LGK boat one way satu kepala RM 23, every hour ada ferry, last ferry pukul 7 pm.
  • sampai LGK kami check in di hotel Ammara Guesthouse, ambil taxi dari Jetty Kuah RM 10 satu taxi.
  • hotel RM 100 per night (1 bilik)
Day 2.
  • ferry from LGK-Koh Lipe at 9.30 am tp kami dtg at 8 am sbb nak settlekan passport semua.
  • return ferry RM 175 satu kepala, perjalanan ambil masa dalam 1h30mins. 
  • harga ferry dapat murah sbb tgh promo, kalau tidak kata abg yg kami deal tu selalunya RM 230 return.
  • sampai Koh Lipe dalam 12 tgh hari, ferry akan berhenti tengah laut dan kita kena tukar naik boat pulak sbb nak jaga coral katanya.
  • sampai pantai settle immigration, lepas tu terus check in! nasib baik boleh check in awal sbb kat sana procedure 10.30 am kena check out hotel, so dia dah kemas bilik awal la utk next guest masuk huhu
  • kami ambil hostel di A Plus Hotel, satu malam, satu kepala RM 135. Mahal sikit tp selesa dia ya tuhannnn, mmg a plus!!! bersih, toilet pun lengkap, mmg puas hati lah.
  • ptg tu kami jalan-jalan cari di walking street, mmg walking distance je drpd hotel, kat situ byk restaurant halal so jangan risau pasal makan!
  • but however, mknn kat sana mahal sikit dan tak semua restaurant sedap hmmm. mahal tu i would say sekali makan 150 baht, sekali air tin bergas. tu plg jimat la yg kami dapat makan huhu
  • ptg mandi laut! ya tuhannnn, laut diaaaa, takleh digambarkan dengan kata-kata, tengok la gambar nnt k? mcm Legend of the Blue Sea! boleh la feeling mermaid hehe sambil tunggu hoe joon jae yg tak muncul tiba hmmmm
  • oh btw pakej snorkeling kat sana semua sama, ada 3 pakej boleh pilih, paling basic 5 pulau 550 baht, rujuk gambar k? 
  • kami ambil yg 7 pulau 650 baht
  • malam tu kami santai je lepak lepak nak biasakan diri. night life sana meriah jugak tp takleh kalahkan lombok (if you know what i mean hehe)
Day 3.
  • snorkeling time! start at 9 am berkumpul, habis dalam pukul 4 pm gitu
  • puas puas puas! coral win, laut win, semua winnnnn!
  • balik snorkeling terus poof! rehat penat gilaaaa! hahahah
Day 4.
  • bangun awal 8 pagi nak mandi laut, sekali kita sorang je ada atas air tu! pelik dorang ni tak mandi laut pagi-pagi, pukul 2 gitu baru laut penuh, kaw kaw nak tanned dorang niii fuhhh
  • 10.30 am kami check out
  • oh ya lupa nak bgtahu, masa check in hotel, sorang kena bayar depo 500 baht, so lepas check out duit tu kami guna kan betul betul sbb banyak tu
  • kami decide utk massage, kat sana urut start harga 300 baht, urut thai, mesti la sedap kan?? hehe
  • pastu kami jumpa port ais krim coconut 20 baht, mmg berkali-kali beli sementara tggu ferry nak balik hahah
  • berkumpul tggu ferry pukul 1 pm, pass passport pastu bebas berjalan balik, pukul 3 baru kena berkumpul balik, ferry sampai 4 pm lambattttttt. kami ingat nak balik kedah malam tu terus, seklai tak sempat nak kejar ferry 7 pm tu
  • so kami terpaksa check in LGK sekali lagi, kami tidur Ammara Guesthouse tu, nasib dapat bilik murah pulakkkk RM 55 sahaja satu malam hehe 
Day 5.
  • kami ambil ferry balik kedah pukul 10 am 
  • balik KL! 
p/s:

so far saya takde rugutan langsung tentang koh lipe ni. orang kata sana banyak anjing, lol, saya bayangkan dia punya banyak sampai kami takleh jalan, padahal tak pun, biasa je tepi tepi jalan tu dia jaga kedai, tak kacau orang pun so chill la k?
sana makan mmg mahal sikit tp takde la mahal nak mati sampai awak kena puasa 3 hari hehe. saya tukar RM250 je utk expenses kat sana, ngam semua duit tu. hotel pulak dah bayar online awal-awal.
so i can say that total duit yg kami guna dalam trip ni 5h4m RM 756, ok?

Minyak + toll = RM 100
Hotel LGK = RM50
Hotel Koh Lipe = RM 135
Ferry LGK = RM 23 (one way)
Ferry Koh Lipe = RM 175 (return)
Tukar duit baht = RM 250

DAH BACA NI, PLS PLS PLS DATANG KOH LIPE OKAYYYY???

No comments:

Post a Comment