Sunday 13 December 2015

TRIP TO BANGKOK

BANGKOK ( 4D3N)

DAY 1
-          KLIA to Don Mueng Airport
-          Dari airport ambil taxi ke Bangkapi (satu taxi total dalam RM 30, campur tol RM 7)
-          Tiba di Baron Zotel Bangkapi
-          Rehat, area dekat dengan hotel banyak mall untuk jalan, makan.
-          Hotel tu area dalam sikit, so dia dah sediakan free service tuk-tuk kalau nak keluar jalan ke simpang mall

DAY 2
-          Naik boat untuk ke tengah bandar sebab area ni takde train terdekat, kalau nak pergi shopping, cakap dgn tukang jaga tambang tu nak naik boat sampai area Platinum, tambang dalam RM 2 sahaja
-          Service boat belakang mall seberang jalan dgn hotel, so boleh jalan kaki je
-          Sampai Platinum turun, area situ banyak shopping mall macam MBK, Platinum Mall dll.
-          Semua baju murah, beli borong, nak cantik pergi Platinum Mall je, MBK more to souvenir.
-          Balik hotel naik taxi, tambang dalam RM 25. Sebab dah penat, nak naik boat ramai gila sbb mostly kedai tutup pukul 8 pm sana, jd start pukul 5pm mmg public transport, jalan semua jam. Mohon tabah hadapi ja, kalah KL.

Day 3
-          Sambung jalan naik boat ke Platinum.
-          Kali ni pergi shopping dekat Siam Paragon, Siam Centre,Siam Paragon. Dekat sini mall utk barang branded ala-ala KLCC lah.
-          Nak ke sini turun je boat ambil taxi or tuk-tuk, dlm 100 baht, sbb jauh nak jalan dari boat station tu.
-          Habis di Siam Centre pergi Platinum Mall balik jalan kaki naik jejantas, tanak naik jejantas pun okay jugak sbb sepanjang jalan tu ada jumpa temple2 siam tu, boleh ambil gambar semua lah.
-          Balik hotel lepas pkl 10 sbb dah insaf tanak redah jam lagi.

DAY 4
-          Ambil tuk-tuk jalan mall area dekat dgn hotel
-          Pergi urut badan jap dalam 300 baht.
-          Ambil taxi untuk ke airport dalam 250 baht.

p/s :

1.       Sini nak cari makanan halal susah nak cari so akan makan benda yg sama je hari-hari, tak boat noadle, nasi kuning tu jelah.
2.       Naik taxi kita kena bayar toll sendiri dlm 70 baht.
3.       Selalu backpackers akan tidur area Khao San Road, kalau dari Bangkapi nak ke sana boleh, teruskan perjalan naik boat tu, jangan stop di Platinum (30 minutes), tambah lg duration 30 minutes utk ke Khao San. Naik train pun boleh, dekat area Siam Paragon bagai ni ada station train terdekat.
4.       Pergi dengan Air-Asia Go flight + hotel RM 400.
5.       Sebenarnya Bangkok ni macam dah bahagi district dia, nak shopping pergi district Platinum, nak jalan tgk culture jalan Khao San.
6.       Total spend kat sana RM 700, sebab shopping banyak. tak tahu la hotel ni je semua hotel kat thai, baik gila perkerja dia, tolong bukak pintu, angkat barang, bukakan pintu taxi semua. rasa mcm princess, thank you!














No comments:

Post a Comment