Sunday 13 December 2015

TRIP TO KRABI

3D2N

First of all, trip ni mudah sikit sebab join uitm punya trip. Jd pengangkutan dan hotel dah disediakan, jd tak dapat nak acah adventurous lah kali ni hehe. So kita bayar RM 500 untuk flight, hotel, breakfast dan penganguktan pergi balik ke airport di sana. Jujur lah, RM 500 untuk semua benda tu, agak mahal, ingatkan pakej tu termasuk aktiviti di sana, so agak tertipu. Tp takpe la, upah akak abang yg handle trip ni pun kena kira kan? Hehe. 

DAY 1

-          Sampai aiport
-          Terus gerak ke hotel di area Aonang. So siapa nak datang Krabi, datang tidur area Aonang je sebab mudah, mudah makan, dan ramai orang. Rasanya ni mcm kawasan tumpuan pelancong. Harga hotel semalam pulak satu bilik RM 60 pun boleh dapat.
-          Rehat je jalan jalan tengok kawasan sekililing dan pilih activity pantai apa nak buat untuk esok. Paling tak susah nak cari makanan halal di sini, tp kena keluar awal, pukul 8/9 kedai banyak dah tutup.
-          Tidur!

DAY 2

-          Free breakfast dapat nasi putih and daging black pepper sedap gilaaaa!
-          Activity tour pantai mula pukul 11 pagi, sebaba ada banyak masa free lepas breakfast tu.
-          so kami decide utk sewa tuk-tuk ronda area dekat2. Satu tuk-tuk boleh naik dalam 5 orang, seorang bayar dalam 100 baht.
-          Pakcik tu bawa kami tengok banyak tempat jugak seperti tempat ular lah, gusti lah apa la.
-          And ktorg naik gajah jugak! Mahal! Haha 600 baht seorang, menangis lah tp utk pengalaman sekali seumur hidup, try lah hehe
-          Pukul 11 mula naik boat, kami ambil 7 island sunset tour, just cost us 750 baht. Murah! Ada 3 point snorkelling, free makan dinner.
-          Org selalu akan ambil pakej ke james bond island, untuk hipster boleh la, cntik untuk ambil gambar, tp mahal sikit dlm 1200 baht.
-          Snorkelling kat sini cam tak seberapa sangat lah, tak banyak hidupan warna-warni, tp enjoy mandi dalam air laut biru jernih cantik gila.
-          Plg best snorkelling waktu malam, tak semua terjun boat sbb takut gelap. But I’ve tried it. Tgk plankton, dia berkelip-kelip dlm air tu bila kita kocak, mcm star gazinggggg. Indah sangat.
-          Tour habis dlm pkl 9 malam, barai tak yah cerita lah.
-          Habis t uterus pergi urut badan heheheh itu namanya kebahagiaan.

DAY 3

-          Check out hotel
-          Van bawa pergi jalan Krabi Town
-          Beli souvenir, tp tak banyak choice sgt, beli kat Aonang pun dah okay dah
-          Balik Malaysia, bye krabi!
      so total duit guna untuk krabi is RM 900











No comments:

Post a Comment