Saturday 13 February 2016

TRIP TO LOMBOK

6 HARI 5 MALAM

Day 1

1.       Flight dari KLIA 2 pukul 8.30 am. Perjalanan ambil masa 3 jam tiba ke Lombok International Airport.
2.       Sampai airport ambil bus DAMRI, 35K untuk ke Senggigi. Kalau hotel area Mataram, boleh ambil bus ni jugak, Mataram 25K.
Alright, apa beza Mataram dengan Senggigi ni? Kalau mengikut kata pak supir, area Mataram ni mudah cari makanan tradisional Lombok kaya sate bulayak, ayam taliwang dll. Kalau area Senggigi pula, area dia macam Pantai Cenang, Aonang kat Krabi. Sini makanan western, biasa-biasa je sebab kawasan tumpuan pelancong. So kami tidur di area Senggigi je sebab hotel dah book awal dekat sana.
3.       Tengah hari check in di Hotel Puri Senggigi, semalaman 275K. Hotel selesa gila, wifi laju, makan pun mudah sebab sebelah hotel kedai makan, Quick Chicken dan Holland Murtabak. Quick Chicken tu mcm KFC lah, kedai bukak 24 jam, Murtabak pulak Bahasa Melayunya, apam balik. Gais, ni memang kena cuba! Beli yang garing, perisa Toblerone & Skippy. Harga memang mahal, 80K, tapi berbaloi la nak cuba benda yg takde kat Malaysia. Benda tu sampai malam pun garing lagi!
4.       Petang kami sewa motor, satu motor 50K, minyak kena isi sendiri. Minyak pun mudah dapat tepi jalan orang banyak jual dalam botol tepi jalan, satu botol dalam 20K sahaja. Tahan la jalan seharian.
5.       So petang kami just pergi area dekat-dekat, pergi Coco Beach, ambil gambar sunset. Dekat Lombok, masuk pantai guna kenderaan kena bayar. Kalau naik kereta 10K, motor 5K je.
6.       Malam makan di restaurant berdekatan, bermulalah makan makanan pedas nak mati di sana hahaha balik tu mandi swimming pool kejaps hehe
7.       Lepas tu lepak Quick Chicken ala ala Starbucks minum Avocado Juice, sila try k bila sampai sini. Kat Malaysia rasanya tak jumpa lagi, nyaman rasanya.

Day 2

1.       After breakfast pukul 9, pak supir kami pun sampai. Dia lah pemandu pelancong kami untuk dua hari di Senggigi. Seorang bayar dalam 300K seorang untuk dua hari. Bagi kami tu murah jugak. Pada awalnya semua senyap dalam kereta, last last layan jugak pak supir ni kelakar dia boleh tahan. Baik juga orangnya, selalunya supir limit masa 8 jam sehari, tapi dengan dia sampai 12 jam kami lenjan, dia tak kenakan extra charge pun.
2.       Kami ke Kuta Lombok, Tanjung Aan, Selong Belanak (10K) dan Pantai Mawun (10K). Pantai Mawun ni silalah mandi di sini, cantik kawasan dia. Di Tanjung Aan pula kami naik hills dia, indah permandangan. Kami juga sewa boat 250K per boat di Tanjung Aan, untuk ke Merese Hills. Naik gunung dengan lembu ala ala iklan susu haha! Tapi memang cantik pemandangan atas ni. Nak feeling Gerua pun boleh hehe
3.       Malam bapak bawa kami makan ayam taliwang di area Mataram, memang 10 bintang sis bagi. Nama kedainya RM Taliwang Raya, pricy but berbaloi k.
4.       Dalam pukul 9 pm juga aktiviti kami harini, sampai terus check in Hotel Bumi Aditya. Hm tak best sangat lah, wifi susah connect, kami pula terambil bilik takde aircond, memang sendu lah tidur kepanasan dua malam di sini. Di sini, dua malam 225K sahaja.

Day 3

1.       Pak Uda jemput untuk ke Air Terjun di area kaki gunung Rinjani. Perjalanan dari Senggigi ke sini dalam 2 jam, so dalam kereta lenjan tidur jelah.
2.       Sampai sana, kena ambil tour guide (200K) nak masuk hutan tu, perjalanan ambil masa 2 jam juga untuk ke air terjun tu, tapi jalan dia mudah la, tapi kalau tak guna guide sesat jugak kot.
3.       Di sini kita akan jumpa dua air terjun, yang first tu kecil je, Air Terjun Sendeng Gile, boleh duduk bawah air jatuh takat massage belakang je, so kami tak berminat sangat, teruskan perjalan ke air terjun yang kedua. Ha yg ni memang win! Air Terjun Tiu Kelep. Cantik, air sejuk gila dan Aween buat drama jatuh tergelincir di selamatkan abang sport rec luls. Lama jugak kami mandi di sana, kalau ikut tak tahan sejuk, tapi sayang nak balik awal penat je naik dua jam kan. Nak balik dari sini akan lalu terowong gelap, air paras lutut juga masa lalu, scary huhu.
4.       Balik kami singgah ke Malimbu Hills, ambil gambar, lunch sekali dinner di sana. Ikan bakar dia to die for okay! Jangan bayangkan ikan bakar kosong macam kat Malaysia, sebab mmg tak sama langsung, ikan bakar dia disapukan madu, bumbu apa ntah, sedappppp!
5.       Balik awal harini dalam pukul 6 pm sebab penat mandi air terjun, tp sebelum balik hotel singgah lagi beli apam balik Nutella dengan skippy pulak, tp toblerone lg sedap lah hehe
6.       Rehat, tidur dengan nyenyak lepas mandi swimming pool. Tapi pukul 3 pagi terjaga sebab panas, rupanya electric takde like duhhh

Day 4

1.       Check out hotel, ambil taxi untuk ke Bangsal. Satu taxi 100K. perjalanan dalam setengah jam je.
2.       Bangsal nak ke Gili Trawangan pula naik public boat, 22500K seorang. Naik public boat kena tunggu boat penuh baru jalan, boleh naik boat yg tak payah tunggu tp bayar seoang 85K, haa memang takpelah terima kasih je. Dari Bangsal ke Gili perjalanan pun dalam 30 minit je.
3.       Sampai Gili yeay! Cari homestay kami dulu, Gili Life Homestay, kalini ambil yang aircond punya! Haha check in di sini dua malam, semalam 205K satu bilik.
4.       Rehat jap, petang sewa basikal hotel ronda satu gili, sehari sewa 35K.
5.       Best gils ronda naik basikal, hujan renyai renyai sikit di sini. Dekat Gili makanan variety lagi, sebab dah banyak pelancong mat salleh kat sini, so ada lah pub, club bagai.
6.       Petang tu kami ronda ronda kawasan nak cari pakej snorkelling murah, mula-mula ingat nak ambil private boat je, tp mahal dalam 1juta per boat, malas lah. Last sekali ambil pakej public boat je dekat hotel, seorang 90K je, tempat biasa 100K.
7.       Shopping dekat Gili best, ada batik sutera rare! So spare duit k, jangan berputih mata tengok je heheh
8.       Malam jalan cari makan, tengok mat salleh berparty, ketemu sama mas Rizky, meow. hahahahah

Day 5

1.       Snorkelling mula pukul 10 am. Pergi 3 gili, ada 3 snorkelling point. Snorkelling di Gili lagi best dan murah compare dengan di Krabi. Coral jelas kelihatan dekat sini!
2.       Snorkelling habis dlm pukul 3 pm. Balik rehat.
3.       Petang cari makan, pergi Ombak Sunset ambil gambar dekat “The Famous Swing” tu. Jauh jugak jalan dalam 30 minit, so baik sewa basikal k, cepat sikit, masa kami sampai sunset pun nak habis dah haha!
4.       Pergi spa, sejam 100K, murah sama macam di Thailand tp urutan sini tak sedap langsung, lembut je pegangnya, jadi sis sangat lah merasa hampa.
5.       Habis tu bertembung balik sama Rizky dan bertukar Instagram, tahu tahu dia dah ada pacar (read : tunangan) sis kecewa tsk tsk

Day 6

1.       Check out hotel pukul 11 pagi.
2.       Beli ticket untuk ke Bangsal kalini 15K per person je pulak.
3.       Tiba di Bangsal dah ada supir tunggu, suruh dia bawak kami ronda tempat makan best, singgah di Malimbu Hills lagi ambil gambar, beli souvenir di Sasaku. Cantik gila design tshirt dekat sini, hipster gila! Tapi mahal sehelai dalam 70K tapi tu pun kira murah berbanding Malaysia, design simple je RM 70 duh
4.       Pukul 5 pm tiba di airport. Bayar pakcik tu satu taxi 300K je as upah.
5.       Flight pukul 7.30 pm.
6.       Ciao Lombok!

p/s:

-          Scenery Lombok cantik tp warna air pantai dia biasa je, Krabi lagi cantik.
-          Percutian ni involve 4 orang so mana yg sy tak kata bayarannya per person, bahagilah 4 (KECUALI HOTEL, 2 ORANG SATU BILIK)
-          Flight pergi balik RM 400
-          Spend dekat hotel seorang dalam RM 150 untuk seminggu
      Belanja bawa dekat sana RM 400 sahaja, tu pun makan mewah dah, so kalau nak jimat boleh kurangkan kos makan, kami ni memang nak makan win je sebab bukan selalu sampai ye dok hehe

No comments:

Post a Comment